Ini gambar saya bersama sahabat karib saya dan anak-anak kami. Lihatlah betapa berlambak makanan yang terhidang di atas meja. Oleh kerana perut kami keroncong dan terasa lapar sangat, dengan gelojohnya kami memborong makanan2 yang dijual di food court di salah sebuah pasaraya di JB yang sangat digemari oleh sahabat karib saya ini.
Sahabat karib saya ini sudah saya kenal sejak dari darjah dua lagi. Sewaktu itu umur kami baru 8 tahun. Namanya seakan-akan seperti peragawati terkenal yang pernah popular dalam zaman Seniwati Sarimah.
Alhamdulillah, persahabatan kami masih terjalin dan bertahan hingga ke hari ini.