Anak dara saya walaupun umurnya setahun jagung dah boleh diharap tau! Rajin! Setiap waktu makan malam dia akan menghidangkan sepinggan roti kepada datuknya. Dan selepas datuknya menghabiskan hidangan roti itu, secara otomatik, anak dara saya akan mengangkat pinggan serta gelas ke dapur. Tak percaya? Inilah bukti-buktinya
Inilah yang dikata orang SERVICE WITH A SMILE!
Sungguh tak cantik dengan puting tersempang di mulut! Ish!
Gelas tadi mana? Jatuh setengah jalan kan?
Dah berminggu saya terlupa nak ucapkan tahniah kepada adik saya, Muhd Farhan akhirnya telah selamat menamatkan pengajiannya di Nanyang Polytechnic dalam jurusan Electronics & Computer Engineering . Sungguh bangga saya kakaknya kerana telah berpeluang menghadiri majlis graduasinya. Syabas adikku!
Farhan (yg berbaju putih sedang menjalani perkidmatan negara di Akademi Polis), kawan dan Diploma mereka! Tahniah!
Menukar kepada subjek yg lain, seekor ulat telah dijumpai mati bergelimpangan di depan rumah mak saya. Gemuk juga ulat itu. Sempat juga saya mengambil gambarnya..
Ulat gemuk
Ini sahaja yang dapat saya bualkan pada kali ini. Sekian. Terima kasih.